Jom Kenali Kampung Parit Baru Baruh

Sejarah

Kampung Sungai Lang merupakan nama asal bagi kampung ini. Nama Sungai Lang ini diambil sempena daripada burung helang laut yang tinggal di kawasan pokok yang terdapat di sepanjang tebing sungai. Namun, kini telah telah ditukar menjadi nama Kampung Parit Baru Baruh kerana kedudukannya yang terletak di utara Negeri Selangor.

Pada tahun 1930-an, kampung ini dibangunkan oleh golongan masyarakat yang datang dari Daerah Hilir Perak terutama dari Bagan Datoh dan Hutan Melintang. Mereka telah meneroka kawasan ini secara meluas untuk mewujudkan sebuah kampung. Oleh itu, mereka telah menggunakan sungai sebagai jalan untuk ke kampung ini. Kampung ini diketuai oleh Tuan Haji Abdul Hassan Bin Haji Abdul Razak. Selain itu, mereka bercucuk tanam dan menanam padi untuk menyara hidup.

Pada tahun 1938, nama Kampung Sungai Lang telah ditukar kepada nama Kampung Parit Baru di bawah pentadbiran dua (2) mukim iaitu Mukim Bagan Nakhoda Omar dan Mukim Sungai Air Tawar. Selain itu, terdapat juga dua buah kampung lagi telah diwujudkan iaitu Kampung Teluk Rhu dan Kampung Sungai Apong.

Pada tahun 1961, Kampung Parit Baru di bawah pentadbiran Mukim Bagan Nakhoda Omar telah dikenali sebagai Kampung Parit Baru Pekan. Manakala, Kampung Parit Baru kawasan utara  di bawah pentadbiran Mukim Sungai Air Tawar pula dikenali sebagai Kampung Parit Baru Baruh.

Pintu Gerbang Kampung Parit Baru Baruh

Peta Kampung Parit Baru Baruh

Peta Kampung Parit Baru baruh

Maklumat Am

   Kampung Sungai Lang merupakan nama asal bagi kampung ini. Namun, kini telah telah ditukar menjadi nama Kampung Parit Baru Baruh kerana kedudukannya yang terletak di utara Negeri Selangor. Iamerupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 20km dari Pekan Sabak Bernam dan 25km dari Pekan Sungai Besar dalam daerah Sabak Bernam,Selangor. Keluasan keseluruhan kampung ini adalah 980 hektar

           Penduduk kampung ini terdiri daripada kaum melayu, cina dan india. Kebanyakan masyarakat melayu, mereka daripada keturunan Jawa dan sebahagian kecil keturunan suku Mandailing, Rawa, Banjar  dan Kampar. Sehubungan itu, penduduk kampung ini telah mengusahakan pelbagai bidang ekonomi dalam menjana pendapatan mereka. Antaranya, terdapat pengusaha pertanian, perternakan, perikanan dan pembuatan.

            Selain itu, terdapat juga kemudahan asas yang disediakan seperti sekolah, surau, rumah ibadah bukan islam, balai raya, klinik dan sebagainya untuk kemudahan penduduk. Malah, terdapat juga kawasan tarikan pelancong yang berdekatan dengan Kampung Parit Baru Baruh ini iaitu Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) dan Pantai Sungai Lang yang berhampiran dengan Politeknik Sultan Idris Sabak Bernam

Jumlah Penduduk Parit Baru baruh

Bilangan Penduduk                            : 464 Orang

JantinaBilangan
Lelaki221
Perempuan243
Jumlah464

Perikanan

Kampung Parit Baru berhampiran dengan kawasan pantai yang merupakan salah satu kelebihan kurniaan Tuhan kepada tanah bertuah ini. Dengan kelebihan ini, kawasan perairan ini telah memberi salah satu sumber pendapatan kepada penduduk kampung. Terdapat beberapa aktiviti perairan yang telah dijalankan di sini antaranya perikanan, pengangkutan dan penternakan ikan. Sektor perikanan di Kampung Parit baru Baruh juga merupakan antara sektor utama yang diceburi oleh penduduk di perkampungan ini.

Ciri-ciri perikanan di sini ialah perikanan persisir pantai. Alatan yang digunakan- contoh jala, rawai, pukat tarik/hanyut, bot bermotor/sampan. Jenis-jenis tangkapan kebiasaannya di sini ialah seperti cencaru, tenggiri, gelama, kerisi dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat juga hasil laut seperti sotong, udang dan ketam

Pertanian

Antaranya aktiviti lain yang berasaskan sumber semula jadi yang ada di Kampung Parit Baru Baruh ini ialah Pertanian .

Terdapat pelbagai jenis pertanian diusahakan oleh penduduk tempatan disini

Menariknya ,pengunjung diberi peluang untuk mengenali pelbagai jenis tanaman ,cara penanaman dan penjagaan setiap jenis tanaman yang ada di sini seperti tanaman cili,terung,limau dan sebagainya.

Terung

Terung

Terung atau brijal ialah tumbuhan dalam keluarga Solanaceadan Genus Solanum. Ia berasal dari India dan Sri lanka ,dan amat berkait dengan tomato dan ubi kentang .Terung biasanya digunakan sebagai sayur untuk masakan.

Terung ungu merupakan salah merupakan salah satu jenis sayuran yang mempunyai kandungan nutrisi yang sanagd luar biasa , di dalam buah terung terdapat sejumlah kombinasi vitamin dengan nutrisi diantaranya : vitamin C, K,B6 tiamin,niasin dan sebagainya .Tanaman yang banyak ditanam oleh penduduk di Kampung Parit Baru Baruh ini .

Cili Besar

Chili Besar

Di kampung Parit Baru Baruh jugak terdapat tanaman cili besar.Penanaman cili ini merupakan antara tanaman yang paling menguntungkan jika penghasilkan dan menrima harga pasaran yang baik

Kacang Bendi

kacang bendi atau nama saintifik Okra adalah tumbuhan berbunga hijau .Okra tergolong dalam keluarga yang sama seperti bunga raya dan kapas. Istilah okra merujuk kepada biji-biji yang terdapat dalam tumbuhan ini .Tanaman kacang bendi ini bersebelahan dengan Klinik Kampung Parit Baru Baruh .

Limau Nipis

Limau Nipis

Limau nipis merupakan sejenis tanaman yang buahnya di jadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan .Tanaman limau ini juga dicampur dengan masakan.Tanaman limau ini juga antara tanaman yang banyak terdapat di Kampung Parit Baru Baruh.

Perternakan

Lembu

Perternakan ialah salah satu sumber pendapatan lain yang terdapat di Kampung Parit Baru Baruh .

Penduduk di sini ,kebanyakannya menternak lembu .Dan di Kampung Parit Baru Baruh terdapat 5 jenis lembu iaitu Local Indian Dairy (LID) , Kacuk Brahma,Kacuk Kelantan (KK) .Baka Thailand dan dari Australia .Terdapat 25 ekor lembu di Kampung Parit Baru Baruh yang mengamalkan sistem lepas .

Tujuan ternakan dipelihara di sebut ialah untuk menghasilkan produk seperti daging,susu dan kulit lembu .

Para pengunjung juga diberi kesempatan untuk bersama-sama penternak mempelajari cara asas penternak lembu seperti cara memberi makan,jenis-jenis makanan yang diberikan dan cara penjagaan .

Industri Kecil Sederhana

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) antara salah satu aktiviti yang aktif diusahakan oleh penduduk kampung, Kampung Parit baru Baruh. Antara produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang ada di Kampung Parit Baru Baruh iaitu seperti santan, kerepak, kuih muih dan biskut.

Produk yang dikeluarkan juga berkualiti dan dijual dengan harga yang sangat berpantun. Produk- produk di sini ada dijual di luar Sabak Bernam. Keunikan produk-produk di sini ialah, dilakukan secara ‘homemade’ oleh penduduk setempat malah resepi serta cara penghasilan juga masih mengekalkan beberapa cara tradisi melayu dalam penghasilan sesuatu tersebut.

Info Pelbagai

Rekreasi & Pelancongan

Perlancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang penting dalam sesebuah Negara. Oleh itu, Kampung Parit Baru Baruh juga tidak ketinggalan dalam sektor pelancongan ini. Terdapat beberapa sektor pelancongan yang dijalankan oleh penduduk kampung dan kawasan yang berhampiran dengan Kampung Parit Baru Baruh ini. Antaranya ialah Pantai Bagan Nakhoda Omar ( BNO ), Pantai Sungai Lang, Rumah tumpangan atau homestay dan sebagainya.

Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)

Makanan

Di Kampung parit Baru juga, terdapat beberapa makanan yang sering menjadi tumpuan penghujung yang datang untuk menjamu selera terutama di Pantai Nahkoda Omar. Antara makanan yang menjadi tarikan ialah mee udang, kerang bakar, laksa dan sebagainya

Keselamatan dan Kesihatan

Dari segi keselamatan pula, terdapat sebuah Pondok Polis Parit Baru yang berhampiran dengan Kampung Parit Baru Baruh. Ia dapat memudahkan penduduk kampung untuk membuat aduan laporan sekiranya sebarang masalah dan kejadian yang berlaku. Hal ini kerana, balai polis yang berhampiran adalah Balai Polis Sungai Air Tawar yang jarak perjalanan 2 km berbanding pondok polis yang mengambil masa 10 minit sahaja. Selain itu, terdapat juga Jabatan Kerja Raya (JKR) Sungai Lang untuk memudahkan penduduk kampung melaporkan keadaan jalan yang tidak baik dan boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Kesihatan adalah keadaan yang sempurna, sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan sosial. Oleh itu, di Kampung Parit Baru Baruh juga terdapat pusat kesihatan yang disediakan oleh kerajaan iaitu Klnik Desa Parit Baru Baruh. Selain itu, terdapat juga klinik yang berhampiran dengan kampung ini adalah Klinik Kesihatan Parit Baru dan Klinik Desa Kampung Sungai Tengar. Kebanyakan penduduk kampung telah mendapat rawatan di klinik yang berhampiran dengan kawasan rumah.

Image result for Klinik desa Kampung Parit Baru Baruh
Klinik Desa Parit Baru Baroh